Jumaat, 24 Jun 2011

Kawan-Kawanku...





Budak-budak lelaki dalam kelas aku... 
semuanya tujuh orang sahaja termasuk aku... 
aku happy dengan diorang... 
mungkin kitorang tak dapat jumpa lagi lepas ni... 
namun, korang tetap di hati ini...
dioranglah yang menceriakan kelas aku ketika suasana sunyi dan sepi...
diorang jugalah yang membuatkan guru-guru sentiasa tersenyum...
ada kalanya guru-guru tersebut pening dan marah dengan diorang...
Tetapi kami semua bagaikan sebuah keluarga...
susah senang dikongsi bersama...
adakalanya susah itu terasa susah sekali untuk dikongsi...
kemungkinan suatu hari nanti...
ada diantara mereka berjaya...
janganlah korang lupa...
kenangan yang kita alami bersama...
kerana...
Sesungguhnya masa tidak boleh diubah...

Khamis, 23 Jun 2011

23/6/2011 di sekolah...

PAGI

7.35         : sampai lambat ke sekolah (kena tulis nama... padan muka..)
7.45-8.15: sivik diganti dengan matematik tambahan...(cikgu kata... pagi2 otak masih fresh lagi, ilmu senang                                    
                 masuk.)
8.15-9.45: photoshot untuk majalah sekolah (posing punya posing sampai terpusing daa... Eh, nanti jap... cikgu      
                 matematik tak masuk kelas ker? )
9.45-10.20: time B.I (kerja yang diberi kami tak buat, teacher pulak asyik berceloteh kat depan..)
10.20-10.45: Time rehat.. YEAH!!!(gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati..)
10.45-11.15: waktu bahasa melayu.. buat perbentangan pasal hikayat inderaputera (bukannya kumpulan aku
                     punnn...)
11.15-12.15: subjek add math balik.. (time ni otak dah tak fresh lagi...)
12.15-12.45: chemistry... (bila nak balik ni...)
12.45          : Boleh balik.. (chop2... pukul 3.00 sampai 4.00 ada chemistry balik... TIDAKKK!!!)

PETANG

3.00-4.00: kelas kimia... beberapa kerat jer yang datang... (time ni muka masing-masing memang nak kena
                 penyepak..)
4.00-5.00: lepak rumah kawan..layan citer TEKKEN (pukul 5.00 kena balik sebab adik dia dah balik..)

MALAM

8.00-9.00: kelas tambahan kat sekolah subjek add math (no komen..)
9.00-10.00: time biology pulak..(no komen jugak...)

Selasa, 21 Jun 2011

Hari Yang Memenatkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2,
korang sihat tak hari ni? kalau sihat alhamdulillah kalau tak, bersabarlah. Sesungguhnya sakit itu merupakan ujian daripada Allah kepada kita sekalian makhluk. Allah cuma hendak menguji kita supaya mengingatiNya sepanjang masa. Okey berbalik pada topik yang asal, korang pernah tak mengalami hari yang korang rasa sangat penat? Mesti ada kan? Tipulah kalau korang rasa korang tak penat langsung. Habis, masa korang balik kerja tu korang tak rasa penat ker? Penatkan? Tambah-tambah pulak korang balik bini korang pulak tercongok depan pintu pastu... mulalah.. ucapan tak formal dari mulut diorang... Itu yang bekerja, kalau budak sekolah macam aku ni, lagi penat woo.. Tengoklah balik sekolah pukul 1.15 untuk hari isnin dan selasa sahaja dan pukul 12.45 untuk hari rabu dan khamis dan 12.00 untuk hari jumaat. Dah tu, cuaca pulak panas terik. Kalau time tu tengah mendung okeylah sikit. Pastu pulak, korang balik rumah pulak korang mestilah tidor kan. Standartlah balik rumah mandi dan makan dulu kemudian terus tidor. Sebab penatkan... itu untuk hari biasa, kalau hari rabu, PERGH!!! lagi perit beb... time tu pulak ada kokurikulum... balik pulak pukul 5.30. Nasib baik lah waktu malam hari rabu tu pihak sekolah tak buat kelas tambahan kalau diorang buat jugak pada masa tu... dah lama dah aku merusuh kat tapak perhimpunan a.k.a Dataran Pengetua. Penat-penat pun terpaksalah pergi jugak sebab tahun ni gua SPM beb... Sebagai calon SPM tahun ni, setiap hari memang memenatkan. Tapi, masa lepas SPM korang boleh rehat puas-puas... Okeylah aku pun dah penat menaip ni, sampai sini sahajalah coretan aku, kalau aku ada masa, aku taiplah lagi... Chow... Assalamualaikum...

Ahad, 19 Jun 2011

FIRST TIME JADI BLOGGER...

WHAT'S UP GUYS...
kepada sesiapa yang mengenali diriku especially kawan2 sekolahku... pasti korang rasa terkejut kan?
yalah, tak sangka kan korang tengok aku sekarang dah jadi penulis blog... aku pun nak berubah juga... sesiapa saja yang bergelar manusia yang berada di duina yang fana ini pasti mahukan perubahan terhadap diri mereka sendiri... Okeyla tak nak cakap banyak... Omong-omong aku sudah jadi blogger ni, banyak perkara yang aku tak tahu langsung mengenai benda alah ni... sama ada aku nak jadikan catatan harian atau tulis sebuah cerita atau... ntahla... tapikan aku tengok blog2 kawan2 aku... diorang buat tulis cerita pasal diri diorang adakah aku patut ikut diorang? TAK NAKLAH... aku ikut cara aku dan diorang ikut cara diorang.. okeyla, aku menoktahkan catatan pertama aku sekarang ni... kalau aku ada masa lagi... aku tulislah lagi(bukannya menulis, menaip lah..LOL).. okeylah(berapa banyak okeylah sekarang ni) aku chow dulu... assalamualaikum...