Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2,
korang sihat tak hari ni? kalau sihat alhamdulillah kalau tak, bersabarlah. Sesungguhnya sakit itu merupakan ujian daripada Allah kepada kita sekalian makhluk. Allah cuma hendak menguji kita supaya mengingatiNya sepanjang masa. Okey berbalik pada topik yang asal, korang pernah tak mengalami hari yang korang rasa sangat penat? Mesti ada kan? Tipulah kalau korang rasa korang tak penat langsung. Habis, masa korang balik kerja tu korang tak rasa penat ker? Penatkan? Tambah-tambah pulak korang balik bini korang pulak tercongok depan pintu pastu... mulalah.. ucapan tak formal dari mulut diorang... Itu yang bekerja, kalau budak sekolah macam aku ni, lagi penat woo.. Tengoklah balik sekolah pukul 1.15 untuk hari isnin dan selasa sahaja dan pukul 12.45 untuk hari rabu dan khamis dan 12.00 untuk hari jumaat. Dah tu, cuaca pulak panas terik. Kalau time tu tengah mendung okeylah sikit. Pastu pulak, korang balik rumah pulak korang mestilah tidor kan. Standartlah balik rumah mandi dan makan dulu kemudian terus tidor. Sebab penatkan... itu untuk hari biasa, kalau hari rabu, PERGH!!! lagi perit beb... time tu pulak ada kokurikulum... balik pulak pukul 5.30. Nasib baik lah waktu malam hari rabu tu pihak sekolah tak buat kelas tambahan kalau diorang buat jugak pada masa tu... dah lama dah aku merusuh kat tapak perhimpunan a.k.a Dataran Pengetua. Penat-penat pun terpaksalah pergi jugak sebab tahun ni gua SPM beb... Sebagai calon SPM tahun ni, setiap hari memang memenatkan. Tapi, masa lepas SPM korang boleh rehat puas-puas... Okeylah aku pun dah penat menaip ni, sampai sini sahajalah coretan aku, kalau aku ada masa, aku taiplah lagi... Chow... Assalamualaikum...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan